TURUNKAN BERAT BADAN SECARA SIHAT.
Sekarang ini ramai orang yang sedang berusaha untuk kurus
atau turunkan berat badan termasuklah saya dan sudah semestinya anda ingin dapatkan hasil yang
segera iaitu dengan melakukan pelbagai cara samada membeli produk suplemen
untuk kuruskan badan di pasaran atau mengamalkan pelbagai petua dan
program-program latihan seperti senaman, tahan lapar dan sebagainya. Apa yang
mereka harapkan adalah dengan melakukan semua aktiviti itu dapat turunkan
berat badan dalam satu tempoh masa yang singkat. Kadang-kadang ia juga
menyebabkan tekanan kepada individu tersebut. oleh itu, disini saya ada
beberapa cara diet secara sihat. Ini adalah bertujuan untuk membantu dan
membimbing anda diluar sana tentang cara yang betul untuk turunkan berat badan
dengan cepat. Disamping itu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu fahami
mengenai penurunan berat badan dengan cepat dan selamat. Antara amalan yang
boleh dilakukan untuk kurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat
adalah seperti berikut.

1. Kurangkan berat badan dengan diet yang seimbang.
Apa yang anda boleh lakukan ialah rancang jadual pemakanan
dan jangan melakukan diet tanpa jadual yang betul yang boleh memudaratkan
kesihatan anda. Jika anda ingin menurunkan berat badan, adalah dinasihatkan supaya
mencuba diet sihat yang dapat membantu mencapai matlamat anda tanpa
membahayakan kesihatan.
Tips mudah yang perlu diingat semasa berdiet:
-Jangan melangkau waktu makan
-Banyakkan meminum air kosong
-Makan sedikit tetapi kerap , ini dapat meningkatkan metabolisme.
-Buang semua makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi
kandungan gula yang tinggi.
-Perbanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran ,
daging tanpa lemak, ikan, bijiran dan produk tenusu tanpa lemak.
-Catatkan setiap makanan yang anda makan dan bila, dan juga
bagaimana anda rasa setiap kali selepas makan.
2. Perlu Aktif Bergerak.
Untuk langkah awal bagi yang ingin turunkan berat badan,
anda tidak perlu melakukan sukan yang berat seperti olah raga sebagai aktiviti
harian anda untuk buatkan anda rasa segar dan cergas. Tetapi anda boleh
melakukan aktiviti yang anda suka supaya aktiviti itu dapat dilakukan berulang
kali dan anda tidak mudah bosan. Antara aktiviti yang disarankan adalah bermain
futsal bersama rakan-rakan ataupun anda boleh berbasikal bersama keluarga
sambil santai bersama orang tersanyang. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat
kurangkan berat badan malah ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim
bersama keluarga dan rakan. Aktiviti ini anda boleh lakukan 3 kali dalam seminggu.
3. Makan Makanan Yang Boleh Mengenyangkan Anda
Memakan makanan yang seimbang bukan sahaja memberikan anda
nutrisi rendah kalori, malah ia juga boleh memberikan anda rasa kenyang
dengan cepat. Hal ini sangat baik kerana boleh menghadkan pengambilan makanan
agar tidak berlebihan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memuatkan
makanan-makanan berikut ke dalam menu harian anda:
- Bijian oat
- Epal
- Telur
- Halia
- Kekacang
- Sayuran hijau
- Ubi
- Coklat hitam (dark chocolate)
4. Kira jumlah kalori
Apabila anda mengetahui kadar minimum kalori yang diperlukan
oleh badan setiap hari ia dapat membantu anda untuk merancang pemakanan yang
lebih berkesan. Sepertimana yang kita tahu jumlah kalori individu adalah
berbeza dan ia akan berubah mengikut peningkatan umur. Selain itu anda juga
boleh merujuk kepada pakar pemakanan atau dapatkan nasihat daripada doktor
pakar dalam target penurunan berat badan supaya anda dapat turunkan berat badan
dengan cara yang sihat dan tidak membebankan anda. Anda juga perlu memilih
kadar nutrisi sayur-sayuran, buah-buahan, lemak dan protein yang seimbang
supaya
5. Hindari kalori dalam minuman.
Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk dilakukan untuk
turunkan berat badan. Anda perlu menggantikan minuman manis seperti tea ais,
milo, nescafe dan minuman ringan yang lain demgan minuman bebas gula. Dengan
cara ini anda dapat kurangkan berat badan anda senayak 10 kg dalam tempoh 2
bulan.